Tuesday, December 27, 2011

hujung tahun yang...

Sekejap lagi sampai tu hujung tahun...
sekejap lagi jugak umur pun sampai...
tapi org ckp, ada apa dgn umur...? age is just a number...rite..?
yang penting, amalan yg memungkinkan segalanya...
berusaha menjadi yg terbaik dari semalam, ya perlu..HARUS,WAJIB kalau boleh...

Semuanya hanya rancangan..Yang memakbulkan segalanya, kalian sendiri arif tahu ya? 
..Ya Rahman,Ya Rahim..
Kutitipkan doa buat sekalian. semoga mengerti hidup yg sejati..
bukan hanya sekadar berkata, tapi berusaha betulkan semua..dengan izin dariNya..

 untuk aku dan semua...

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi
Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar- benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tenteranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada- Mu wahai Zat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, dan ke atas para keluarga dan sahabatnya. Amin..Ya Rabbal Alamin..

InsyAllah c u next year...

Thursday, December 15, 2011

Yang terindah hanya sementara

Macam tajuk lagu kan...? Memang pun.
Aku baru terdengar di radio..layan jugak..
Macam siok pulak ni lagu....
Aku dedikasi untuk korang semua k.
Dengan lirik nya sekali, blh nyanyi sama..
Enjoy..

 
 
 

kata terkata mengata

banyak persoalannya..
banyak tanda tanya, kata kerja..
otak kata, kenapala...
hati kata, biarla..

Setiap yang terjadi ada hikmahnya..
Harus pejamkan mata,
terima seadanya..

adakah kerana kata mengata terkata?
ka terkata mengata?
atau cuma kata2...?
Jadi, mengapa perlu terasa..?

Semua yang berlaku kehendakNya...ingat! bila berada di atas, bukan mustahil untuk jatuh ke bawah. Setiap yang berlaku ada pusingannya.. Sentiasa bersederhana itu perlu. Jangan terlalu mendongak sehingga tidak kelihatan siapa di bawah. Siapa kita tanpa redhaNya..? Siapa kita tanpa limpahan rahmat dariNya..? Mungkin difikiranmu aku hanya pandai berkata-kata, tapi ada baiknya saling mengingati walau aku tidaklah sebaik mana. Kadang, ada masa hanya ingat Mu kala dukaku..Manusia..Lumrah.

Setakat ni, cukup untuk kali ni.

Wednesday, December 14, 2011

0

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong .. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku

Kosong...kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa

Kosong...kosong

Monday, December 12, 2011

Apala kiranya...

Saat bila aku mula mo menaip, perkataan atau ayat2 yg keluar adalah kadang2 kurang menyenangkan mata ku... Ayat yang sedap di baca..aku sudah kurang arif atau xda langsung..? di sana, di sini aku menyinggah..banyak ayat aku suka...membuatkan aku sendiri ingin bermonolog blog sendiri..tapi segalanya..hampas....sadis.. Mungkin bukan aku.

Di saat memblog, perasaan serasa macam ada sesuatu yang kurang di sana..is it Monday..? atau adaka gara2 lagu2 yg mengiringi ku sepanjang hari ni.....?
* A Thousand Years
* Lara lagi
*Ombak Rindu
*Cahaya Hati
*Timeless
*Karena Ku Sanggup

Aku pun ikut sayu jugak..Ntah, tiba2...jak. Mungkin perasaan perasan..Tiba2 time meninjau, telah singgah ke blog nya yg telah lama ia x bersentuh..Ku pikir ia sudah berhenti sampai situ saja..Macam suatu masa dulu, aku pun pernah begitu...

Apala kiranya yg terjadi masa tu..? Sekarang, semuanya telah kembali seperti sedia kala. Cuma ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki agar kesempitan berenti setakat itu saja..Hati x menahan jugak kalau terus terusan kesempatan oleh kesempitan.

Orang hanya memandang tapi hati jiwa yg merasa..Hanya DIA yg tahu segalanya..Hanya DIA, tiada kedua atau ketiga. Sma2 berdoa semoga hanya yg baik mengiringi kita. Amin Ya Rabb. Namun, tau la... yang manis xkan datang begitu saja tanpa tercalit sedikit kepahitan....

Wasalam...

Friday, December 2, 2011

Dalam dan di dalam

Salam...

Sebenarnya mo taruk tajuk yg sesuai..ni rsanya kira sesuai la...

Amat mencabar jiwa, fizikal dan rohani...? hurm~...amat.. saat2 di penghujung 2011 ni...
Di sana la...mesy. pendaftar IPTA, lpas tu Town & Gown UMSKAL, Town & Gown Bandaraya lagi..
Sehingga la 26-29Nov adalah hari Konvo UMS yang ke 13. Di dalam itu, sempat jugak menceburkan diri dalam bisnes yg x la jgk seberapa..sekadar mencuba untuk pengalaman masa hadapan.. Tapi, bolehla :) ( dengan senyuman seakan ada dan tiada)

Yang aku tau, pada saat itu, di dalam dan dalam itu, penat siot!!!! amat penat! seakan kudrat ku mcm mo terlepas dari badan ku ni...tapi ku gagahi jua dgn azam yg tinggi...tinggi la sgt! tinggi jgk..

Sehinggakan macam kurang mem'blog'kan diri dalam ini blog. bukan lagi macam...memang amat ada xda la..

Walaubagaimanapun..sempat jugak meluangkan masa dgn mr.hubby dengan semua yang melanda.. dalam semua tu aku sempat nonton movie donk!

 heeehheee..
syok amat...amat syok...tapi x sesyok yg di mau..kalau aku la...tapi ada antara part2 yg aku suka...


tapi, mcm suma aku suka....

Esok dalam planning...


got to go for now...ada sambungan lgi..nnt ceta lagi k...

Thursday, November 24, 2011

Happy 17th Bday

Salam...

Selamat Maju Jaya..Semoga sentiasa melahirkan beribu berjuta lagi insan yang berjaya..UMS. Selamat ulangtahun ke17. Selama 2tahun lebih berkhidmat.. rasa bersyukur untuk ke sekian kalinya..

Biarpun byk pahit dari manisnya kadang2, biasa...adat dunia..
Aku bersyukur pada mu Ya Allah.

Semoga UMS dan seluruh warga di dalamnya sentiasa beroleh kesejahteraan dan rahmat dariNya..Amin

Tuesday, November 22, 2011

Hati perasan

Salam..

Sebenarnya banyak ingin dikongsi. Biarkan dulu.. kali ni...
Untuk menenangkan hati sendiri...sesi memujuk...
Sedih bila org bercakap tapi mereka xtau apa sebenarnya  yang berlaku. Bagi seseorang tu, dia x minta untuk suma tu terjadi begitu jak..Sungguh sekalipun TIDAK dimintanya.. Semua tu kehendakNya jua.. Tidak mengapala kalau begitu, sekalian tahu ada rahmat disebaliknya untuk semua yang terjadi...Redha dgn ketentuanNya..Terima dengan hati yang terbuka..Sungguh di saat aku menaip ini..perasaan tu masih berbaki..membuat lubang siiikiiiit dlm hati dengan sikap segelintir yang kurang memahami..Bukan diminta untuk difaham..tapi segalanya mengatasi segalanya..

Mungkin saat ni masa kau berdiam diri kunun fara..Tidak mengapa,  mulut dan fikiran orang yg tidak memahami tidak diminta utk faham ini kan lagi utk ditutup. Bagi yang mengerti, dgn rasa hormat dan rendah hati, Terima kasih.. Aku syg kamu. kau tau siapa dirimu kan...? serius, terima kasih dari hati. Mungkin time ni, nilai sejati nampak lebiiiih ketara dari sebelumnya..Siapala aku untuk berkata-kata.. Allah jua mengerti.. Semoga kalian sentiasa berada di dalam lindunganNya..sentiasa..dengan ikhlas hati.

Biarkan bulan berbicara....biarkn...sbr aa..fara. Menangis terus dlm hati jgn sampai dorang nampak k. Sentiasa jaga peribadi sebaik mungkin.Tabahkan hati, teguhkan usaha, banyakkan bersabar... Sematkan dalam hati dan minida...Segala yang terjadi, ada hikmah dariNya..



Thursday, November 17, 2011

Kerana Dhia

Salam peeps!!

Kerana hormon amat melonjak x menentu, bendera Jipun telah naik sekali lagi..amat frust ckit d situ, xpa..ada rancangan lebih baik  utk aku lepas ni..InsyAllah ( berfikir dalam hati)..

Membuat kan aku cepat emo dgn keadaan stress kejap pagi tadi 2 meeting penting berjalan serentak. Fuuh.. sekarang, segalanya selesai. malas ceta panjang segala ketidakpuasan yang berlaku seawal tadi. Now, I'm ok a lil' a bit. i Think. Lebih baik dari tiada.. Cukup untuk itu.

Sekarang mo ceta satu ceta yg ramai aku rasa da tgk..


aku pn suka... xsabar tggu scene En.Zikir. semalam start da part dia... Ni sikit sinopsis yg aku cari punya cari...

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai. 

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang. Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir? 

Naaa...nnt kita sama2 tgk la k..Syok..
Ok tu jak untuk kali ni..

Wassalam Allz..

Monday, November 14, 2011

14 Nov 2011

Salam...

Tengah bz menaip surat segala macam, dengan report yg segala bagai..tiba2 my alarm reminder Kringggggg!!!! Bday Ndiyana.. Syukur..ada pengingat Mr.S.Eric d sisi..pengingat yg telah diset sejak berabad lamanya...

Setelah itu, stop sebentar dgn apa yg aku buat..terus ku talipaun. Instead of wishing for her bday, sempat jgk update bbrp perkara sebelum menyambung segala keja yg tersengaja d  kasi stop just for her moment.

Sempat dia mengomen umurnya yg semakin matang..hehhehe.. memang haruslah...
Kemudian untuk penutup cerita kami, kami plan utk menonton breaking dawn pt.1 naaaannti... Sebab kalau lgi panjang kami ceta, gerenti x siap keraja!!!

Sekian utk kali ni, idea kurang bermutu tinggi disaat ni.. Semoga kalian beroleh rahmat senantiasa..Amin :)

Friday, November 11, 2011

Hujung Minggu



Salam..

Xbanyak mo cakap.. Ni tugas hujung minggu.. Dengan rela hati menjaga baby Maliki. Makhluk Allah yg amat manja dn syok dijaga. tidur dgn lena d diriku...dgn wangi nya lagi...x pernah bosan. x cerewet, simple, dia suka sentiasa rsa selamat d dakapn, tu yg buat aku suka. kalu suda pegang, susah mo lepas. Rahmat Allah yg amat bermakna.


Tuesday, November 8, 2011

Baru

Salam allz..

Untuk kesekian kalinya.... kabare? waras? yeah..gue juga... Seperti yg dipaparkan kata-kata minggu lalu, kini di uploadkan yg dlu dan terkini tmpat ku bertugas. Enjoy all..

Dalam kesibukan, punya kesempatan lagi yaa...

SEBELUM...

SELEPAS yang x seberapa..



Akaan update lagi pelan..step by step uuoohh babey!!

Tidak dilupakan, Salam Aidil Adha lagi.. ya!

Friday, November 4, 2011

Pandangan Orang..

Salam...

Aku dah kurang KG ka? Tu hakikat org nmpk aku...tapi yaka? aku pn  x pasti..tapi perasaan aku tetap sma jak..ka mata org? keliling aku ada ckp gtu... tapi aku xtau betul ka kata diorang tu...luaran gtu mungkin sbb aku byk pikir...aku byk pikir..aku byk pikir...

Tgh usaha utk meningkat keperluan tapi tgh pikir dgn cara apa... Mudah2an ada peluang utk aku..Org bilang, dimana ada usaha, di situ ada kejyaan.. yg bulat x datang bergolek,yg pipih xdtg melayang...

InsyAllah Segala yg berlaku kehendak Allah jua... Amin

Untuk yg akan dtg, aku akn bercerita ttg perpindahan kami ke opis bru setelah siap renovation ari tu k...

Baik2 jga diri sekalian peeps!!

Selamat Hari Raya AidilAdha.. Semoga pengorbanan yg diberi mendapat rahmat dariNya sentiasa.. Amin:)




Wednesday, November 2, 2011

Macam lama kan?

Salam peeps!!

Setelah berhari-hari ku biarkan blog ku tanpa kabar berita...sibuk adalah salah satu alasan yang menyebabkan aku kurang bercerita...sampai idea utk blogging pun kurang bbrp ketika ini...

 Jadi, mau mula dari mana?

Tragedi Oktober bila kemalangan antara keretapi dan lori tangki minyak adalah penutup kisah Okt 2011. Kejadian dan keadaan sungguh menyayat hati. Sedangkan yang mengalami pun trauma dan hati x keruan, inikan lgi aku yg bukan berada dalam keadaan cuma berada di tempat kejadian.. Semoga kita muhasabah dgn apa yg terjadi.. Bersyukur semuanya masih dalam limpahan rahmatNya..

Untuk seterusnya..

Gini...utk penghujung tahun ini, semua maklum kesibukan yang melanda..dgn aktiviti yang memanjang, kursus, bengkel, acara lain..semua pun terlibat AJK termasukla aku...  ni pun baru selesai bengkel klasifikasi fail pada 17-20okt, kursus klinik panel pada 25okt, hurm~ 27okt meeting MEP melibatkan keseluruhan UMS admin. Semalam, 1Nov..baru selesai acara KIK peringkat UMS. Sepanjang Nov ni pun akan menyusul aktiviti lain..MEJ, Mesy. Pendaftar2 IPTA, Town and Gown UMSKaL, Town and Gown UMS KK, Konvo..and so on..ada lagi..sampai mo lupa apa lg tu aaa..

Tetapi...xpa..

Semua tu pengalaman. Pengalaman suatu pelajaran dalam hidup. Semua akan mengalaminya, cuma berbeza cara dan acara..

Begitulah seterusnya, cuma perlu merancang agar segalanya berjalan dgn baik. Namun, dari Allah jua segalanya..Ok, di sini dulu kita stop k. Selamat hidup baik! :)

Saturday, October 15, 2011

Rasa

Rasanya terlalu berat.. Baru kali ni, mcm ada peluang utk bercerita sikit. Namun, diri amat penat, berat. Serasa mo demam, antibodi seakan kurang berfungsi dgn baik.Terlalu penat dgn akiviti jabatan.Ni pun bru pulang dri Lembah Impian..Impian yg syok, Inggeris stail yg sebenar..

Nanti upload bila berpeluang. Badan macam masih belum boleh beroperasi 100%.Harap2 bangun dr tdur esok lebih bahagia utk memulakan acara utk mggu depan lg selama 5hr di Novotel. Sungguh, aku suka aktif, namun bila terhenti keaktifan tu sekejap, aku cepat lemah..

Aku redha dgn ketentuan Nya.Semoga dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang aku menghadapi kehidupan akan datang. Sesungguhnya manusia tidak terlepas dari pembelajaran seumur hidup.Semoga ketentuan yang baik bagi semua umat manusia di bumi ini..Amin Ya Rabbal Alamin.

Untuk hidup, banyak lagi yang belum dikecapi. Namun sebagai manusia,insan biasa, bkn selalu yg diharapkan tercapai..Itulah ujian. Setiap yang hidup, memang sudah tertulis.Ingat tu, begitu jugak aku. Aku sentiasa rasakan itu. Mungkin kehidupan perlu lebih bbrp perkara lgi sebelum dikurniakn perkara yang amat ku idamkan.

Setiap pasangan menginginkannya..tidak terkecuali aku  dan mr.Hubby..Namun aku redha, redha sepenuhnya dgn usaha yg perlu. Allah suruh kita berusaha. Itu aku buat dgn izin Nya.. Seperti yg aku ckp awl td, setiap perkara sudah tertulis..dan mungkin belum rezeki lagi.

Untuk menghadapi itu, sekeliling x perlu sibuk mem'bz'kan diri tanya itu ini, pandai la kami tu, Cukup mendoakan semoga kami bahagia dgn segala apa yg ada, Cukup!
Kan baik begitu, dari mencipta jurang.Demi kebahagian masyarakat sejagat..

Sekian dulu untuk itu, Sekilas rasa yg aku hadapi buat masa ni..

Monday, October 10, 2011

Sabtu yang 'fink'

My cousin' reception at Kg.Kawang Papar.. Malas ckp lebih..Enjoy the picture k..Overall i like it. biarpun i x pink..

I jer yg purple..pduli amat!








Ni jak mampu ku tayangkan pd saat ini... Dalam pada masa yg sma, kurang sihat ni perut making me not in the mood begin NOW!
K la, till another story later k...

Friday, October 7, 2011

Cinta



Amat indah.. Memang amat..
Salahguna, binasa jiwa.. remuk raga..
Simpati ku,mematangkan mu..
Segala ketentuan Nya..
Hadapi dengan redha..

Di luar sana,
Tercipta utk mu yang lebih bahagia..
InsyAllah.. jika kau percaya.

Kadang2, kita sengaja dipertemukan
dengan org yang salah sebelum
Sebelum kita berjumpa dengan 'Itulah dia'...

Jodoh itu namanya..
Hadapi dengan senyuman sentiasa..
Tiba masa, untuk terus ke depan..
Berdepan dengan cita-cita..

Banyakkan berdoa..
Hadapi hari muka..

*Dedikasi khas untukmu*Tiada kata penyedap rasa, selain luahan jiwa.. Hadapi dengan Senyuman


Wednesday, October 5, 2011

apa pun boleh

Aku tgh pikir apa tajuk aku mo letak..di akhirnya, c apala aku taip jak dlu ceta tentang ni..


Semalam aku tetiba jadi model a.k.a tukang tayang tudung kepada koleksi album 1 of my friend ( bos ku jua banarnya) d FB nya Azma Kassim.. tapi aku suka..try suma tudung tu..cantik2 belaka..and i like it very much. serasa mcm mo borong suma tapi kalau aku borong kamu beli apa? Jangan risau, biar koleksi nya baru sikit, ia akan bertambah sedikit demi sedikit, lama2 jd bukit..

Utk 2 minggu ni amat bz rasanya di situ. Memungkinkan segala jika aku byk keluar dari radar tempat dudukku..KaLau aku tambah jauh, alamat bayk keja x siap..minggu aku kena tolong sebaik mungkin utk retreat BPG next week. next week?! Yup, agak messy d situ, tapi harus rilek, pelan2 org bilang supaya x bingung sendiri2..

Well, cukup utk itu, sekarang aku bru abis lunch bawa bekal lg..hehehe..memotivasikan diri utk segera kurus adalah mcm amat mustahil bila aku bw bekal amat sikit namun sekeliling ku amat berbesar hati utk mng'chubbykan aku. Akhirnya, aku still x jgk kurang beratnya...perlu cri motivasi lain d lain kali.. Adios!



Bantu gue utk kurang donk! Kurang apa? kurang lemak lagi.... Please!!!


Friday, September 30, 2011

Rumah terbuka UMS

Hari Rabu, 28Sept 2011...
Time ni aku dtg seawal yg mungkin..Bertugas sebagai ajk hiasan,harus awal donk...perlu prepare yg last minit lg...gitu ginian...majlis bermula seawal jam9..penilaian start.. Dan diumumkan sebagai tempat ketiga seluruh UMS, best! amat! biarpun diawal majlis bermula...ada sedikit ketegangan tapi perlu apa bermuram durja, bermasam muka..? melonggarkan silaturrahim jak..tapi segala tu ditepis pabila kami diumumkan tempat ketiga..at least, ada effort di situ...tahniah lebihan kepada rakan2 yg bertugas sehingga jm4am hanya utk menyiapkan 'rumah' kita ni... di sini ada sedikit tatapan yg x seberapa...well, semenjak menjak ni..mcm aku mls utk menggambar segala...yg ada kenangan sedikit di situ... well, u all jamu mata la sekejap k...hanya ini yg sempat ku hidangkan utk u allz..enjoy.. every bit!



























Tu jak dulu...x banyak sebenarnya..ni antara yang aku dapat buat...x banyak tapi ada cerita dan gaya!!!


BTW, tadi opening PC fair amat mengancam jiwA ! semua aku mau!! Sekian...
Wassalam









gara-gara pelupa

Sedang menaip ni, aku tgh dgr lgu Alhamdulillah by Too Phat. Malah itu la yg ku rasa skrg..krn kealpaan, kelupaan yg melanda diri, kerana kelalaian ke perkara lain, terlupa perkara lain..
Alkisah semalam meeting aku yg utk 30Sept telah cancel atas sbb yg tidak dpt dielakkan. Ditunda ke minggu depan. Meeting itu utk seluruh JSPIU melibatkan seramai 70org ahli dan untuk itu, bila ia di cancel last minit, aku kena bt panggilan tentang penundaan meeting tersebut ke 70org as i said just now.. talian tempat keja ku plak di saat itu menghadapi masalah membuatkan aku terpaksa meng'emel' dan membuat pengumuman melalui e-meeting utk alternatif lain disbbkan sukar utk mbuat panggilan.

Gara-gara itu, dengan kelupaan yg melanda diri ini, aku dgn secara tidak sengaja telah lupa membuat panggilan untuk cancel katering utk 70org tu... Bayangkan.....!! Baru pg ni aku teringat utk kol.. Teka apa yg jadi? ??

Benda suma da siap.aku jd kelam kabut dan mengalir airmata menyatakan kesilapan aku ke arah katerer yg amat bengang seketika (aku fhm apa feeling nya tu..) tp aku btul2 dgn segala rendah hati menyatakan itu lah kesilapan kali pertama aku melibatkan katerer seumur hdup aku bekerja..

Katerer yang amat baik hati... nasib aku amat baik bila katering yg aku cancel tu, ada pengganti nya..utk di cater..Syukur Alhamdulillah...Aku fon balik utk menyatakan kesilapan aku dan memohon maaf dgn sepenuh tulus hati..Aku mohon agar dia tidak 'tawar hati' dgn aku lpas ni bila aku order lagi...


InsyAllah kali ni aku akan ingat selamanya..Menjadi pengajaran kepada aku...YA Allah!! tetapkan lah hati ku..kukuhkanlah ingatan ku ini...Sesungguhnya hambamu ni insan yg amat lemah..HAnya pada Mu ku bermohon Ya Rabb..Amin Ya Rabbal Alamin..


Tuesday, September 27, 2011

Hujung minggu n bbrpa hari yg banyak hal..

Start lepas balik keja jumaat tu..terus p Damai Specialist Center lawat Nurdiyana (very oldies friend of mine) yg lama berkampung d hospital sejak bulan posa lg..nearly 4weeks she admitted. Penyakitnya sukar dikesan pada awalan..But now, she's recovering..hari ni boleh balik, as i called her just now..Syukur Ya Rabb.Semoga cepat sembuh.

Sabtu,24 Sept 2011..
Attend Ct Mulyani's reception..at Dewan Maksak Likas..Ramai jgk colleague yg hadir..Hanum pun ada...lma x jumpa sejak dia jd nurse gigi ni.. Untuk Ct Mulyani:May togetherness bring happiness till the end..cantik.black n white theme..x ramai org pkai rona itam sbg rona tema (aku pn pakai..masa mlm berinai..tapi tu, black n gold)..hihihi ckup psl ku..

Lepas dari sana, off to ketiau putatan lgi..rumah Pn. Azma (my boss).Rumah terbuka, alkisah..makanan suma sedap2 belaka..huhu time menambah kecomelan yg sedia ada.. posa aku terhenti semenjak demam dn batuk yg berlarutan seminggu lepas..apa boleh buat..Xpala..jaga kesihatan lepas ni la... Beraya di sana sehinggala jam 4..  Balik...berehat bersama famili... petang my niece n nephew berkumpul...riuh sekampung...

Ahad,25 Sept 2011..

Seawal pagi..mengemas ckit...tghri, teman my mom pegi blnja keperluan rumah..gitu,gini...jm5 jgk blk...huhuhu..then, at the nite..ready brg utk keja monday la....
Mcm malas p keja..asal isnin jak, mesti camtu....

Isnin..wallawey!! byk tul keja...mn utk aku jnji dn amanat NC lg, PBPU lgi, MEP lg, Hari tbuka UMS lg..ini Matcam amatlah sibuk!!

Hari ni la bukan alang2...mn bergegas utk p DC, lpas tu DResi lagi..huhu... wish me luck n ceria for the whole weeek! there will be more to come on this week till this friday!! Ya Rabb, Kuatkan kudratku untuk mengejar semua tugasan yg diberi dgn jayanya..Amin Ya Rabbal Alamin...


Friday, September 23, 2011

Nothing Much


See what's around my PC? Hdiah utk diri sendiri. Utk apa? saja.cute kan? not even like pink very much (biarpun wrna pink tu x brp nmpk, xda flash)..tp bila berkaitan yg cute,suma aku suka.bukan mo menunjuk, cuma untuk jamu mata..well, enjoy ur eyes..

Hari ini less tense..more relax..maybe no boss around..lumrah.. isn't it..? Not just me... Everybody around me..today's only kot..since it's payday week..yeehee..... jd faham2 la...bila time rest td...lgi2 it's friday!! duh..?!

Di hari akhir bekerja pada minggu ni..time menyelesaikan senarai tugasan harian seperti minggu sblm.. Kertas2 kerja utk PBPU kena hantar next weekla sbb ada lg yg belum siap dihantar ke aku..untuk aku proses seterusnya..

Planning for this weekend..

This Saturday.Pegi tempat kawan opis kawen d Dewan Maksak.Hmm.. dah planning dgn colleague sekalian..Lepas tu, P beraya open house my boss.kihkihkih... Mesti best!!

Sunday.Sesi gotong royong hubby wifey mengemas, mencuci, mengatur, dan membersihkan segala yang patut..InsyAllah..

Itu dulu, till next reading.. Chow

Thursday, September 22, 2011

Kisah hari ini

22 Sept 2011
8.30 am

Majlis Perhimpunan Bulanan berlangsung dengan jayanya sekalian dengan Majlis Hari Raya Jabatan Pendaftar. Semua bahagian membawa potluck masing2..sedap2 belaka.Majlis berlangsung sehinggalah jm11. sedapnyer...kenyang hgga time lunch td pun x kuarla..d opis manjang.good 4 me..can settle many things..

3.30pm

Start da mcm cacing yg x reti duduk diam..kejap print, kejap copy, kejap menaip, kelam kabut mengejar surat minta sain bos sbb bisuk bos cuti.huhu..

5.00pm

Baru selesai minta sain deraf surat yang terakhir sebelum bos berangkat punch out.Fuhhh...dan aku pun sepatutnya WP1 (balik 4.30pm) jd WP3 (balik 5.30pm)..xpa, yg penting...benda yg penting telah siap..Thank you.. Terima Kasih Ya Rabb atas kudrat yg Engkau Berikan..Amin..

Sehingga bertemu di lain ceta lagi..Jaga diri, percantik diri, per'cute diri, utk diri... *wink*

Wassalam

Wednesday, September 21, 2011

benda baru!!

Lagi belajar tentang new blogging interface..
Atau aku yg bru update..??
kelmarin lgi aku mo bgtau...tapi lgi lupala, apa lgi...
Sekian *wink*

Mesyuarat manjang..

Inilah skop keja ku skrg...malar meeting. Semenjak d tempatkan d seksyen baru.Itu aku suka, banyak telah aku pelajari..dan tambah belajar lg..petang ni ada MEJ dan aku urus setia nya.. Semua dah ready. Tinggal setting utk petang ni..

I'm ready for it..kena follow up a few things 1st while waiting for this afternoon meeting..chow!


buek!

Semenjak 2-3 hari lepas..Dan hari ni demam makin pulih tapi ini batuk tia pandai baik lgi..bersama kahak yg sungguh mengancam euw!! buek!! buek!!

Tiap kali itu jgk bila aku suda bz manjang..nafas seakan putus2..semput! nah, memang itu la keadaan ku sekarang.. batuk belum baik sampai blh dgr seakan ada anak burung lari2 d kerongkong bila aku mula menarik nafas... cian dey lorh!! jarang2 sakit, bila dah start sakit lmbt lg jwbnya mo pulih seperti sedia kala..huhu.. terima dgn hati redha..

Hidup agak bz kebelakangan ni..lebih2 bila da pindah seksyen..tapi suma tu buat aku belajar byk benda..dan bila da bz..kdg2 aku blh lupa.Ingatan aku sekarang bikin aku heran tahap memori ku ni.. sampai benda yang remeh pun aku cepat lupa..apa mo jd pun xtau..

Kadang2 mr.hubby sampai marah dgn tahap kelupaan aku ni..aku kena lakukan sesuatu..and rite now! Al-Fatihah is the key..aku ada terbaca tu..kena amal selalu..biar d luar solat pun. Bukan sebelum baca doa pun..ia doa jgk.. ok done! taruh depan mata supaya selalu dibaca.. Mudah2an aku sentiasa ingat apa yg belum,akan dan sudah aku buat..Amin Ya Rabbal Alamin


Tuesday, September 20, 2011

orait

Assalammualaikum..

1st time again since Syawal masih berada d landasannya..Hanya aku jak kdg2 malas yang amat.. Banyak ingin ku update tapi masa tu yang buat ku dengki untuk berbuat demikian.
Ku biar ia berlalu dengan gambar sahaja..nnt la ku update k.. tapi sebahagian dah ada pn di mukabuku setakat ni..


Monday, August 15, 2011

Ramadhan masi lagi..

Alhamdulillah...
Lagi bernafas menghirup udara yang diberi olehNya..
Amat bz jgk kebelakangan ini semenjak pindah tempat baru..
X dinafikan..agak berbeza namun selesa..

Cuma bbrp hari pinggang atau belakang selalu sakit.. nda tau la napa..
adakah akibat terlalu lma duduk di lantai sambil tolong adik buat popiah reben..?
Itulah yg aku buat start dr jumaat mlm lg..

Aku blk kinarut dr hujung Jumaat tu lg.. tu la time tolong my sis.alkisah utk dia bisnes..
kena siapkan 10kilo order.. byk jgk..skit jgk pinggang duduk sambil mereben popia..

Hari ni pi keja, mcm biasa.. bila isnin amatlah sleepy..ingat mo berangkut terus blk putatan, tp xjd.
Atas budi baik mr.hubby, extend another day. sok p keja terus blk sanala...hati berbunga riang although suma brg yg perlu da abis kemas da..hehehehe.. okla, sehari lg. like sangat!..blh smbg manja lg dgn mama..kihkih..

Untuk sekian dulu..nnt lg update. Wassalam.. Selamat hari 15 Ramadhan.Semoga semua beroleh keberkatan dari Nya..Amin Ya Rabbal Alamin

Thursday, August 11, 2011

Ramadhan tahun ini

Assalammualaikum..
Ramadhan kali ni sungguh berbeza..
Ini lah dugaan..
Semua yang terjadi pasti ada hikmah kan..?
Hadapi dengan senyuman.
Redha dengan kehendakNya..











Lama x update blog, since pindah seksyen..Yup i'm in my new jobspec.. Dan diakui, memang rasa macam lega sikit.. Biarpun banyak benda lagi perlu belajar. Sibuk jugak.hehehe..but i like it though! ok la, Show must go on! tata everybody..

'Muhasabah diri agar menjadi insan yang mengerti diri'

Monday, July 25, 2011

i like

"yesterday is a HISTORY, tomorrow is a MYSTERY, but today is a GIFT... that's why they call it the PRESENT" - Master Oogway (Kung Fu Panda)...

Tuesday, July 19, 2011

Oh My!

Apa sudah jadi dengan keadaan yg ada?
Mengapa sikap sesetengah orang buat aku kesian dgn mereka..
Adakah salah keadaan sekeliling?
Atau diri itu sendiri?
Untuk membuat kesimpulan, perlu meneliti bbrp aspek
Jangan sampai salah taruhan..

Mungkin bukan hak aku untuk memperkatakannya..
Tapi semuanya nampak di depan mata,
Kebencian entah apala terserlah pada mereka.
Mengapa begitu yaa...?

Ya Allah Ya Rabbi..
Peliharala hati2 mereka..
Jangan sampai gundah gulana setiap masa..
Sesungguhnya kami umatMu hanya sementara di dunia fana..
Jangan sampai mereka leka dengan nikmat dunia..
Tunjukkan la cahaya kearah kesabaran dan lapang hati dari segala sengketa..
Hanya pada Mu ya Allah..Tuhan sekalian alam..
Amin Ya Rabbal Alamin

Monday, July 18, 2011

new phase...

everything is many today..(duh..apa tu?)
what am i saying....?
Only that i know...today, i got new task.
New boss, more enjoy a bit i think..
yet, much to learn..
this week maybe a very bz one for me...man man loi..

Uisshhh...what a day!!!
that's all for 2day..

Sunday, July 17, 2011

craving?!

Bbrp hari ni, aku sering teringat kan mu...
Tapi untuk menuju ke arahmu...
Selalu tidak berkesempatan..

Bukan apa, bila aku mau..seringkali macam berhalangan..
Aku ada, ko tiada..
Bila aku ingat ko ada, tapi tiada...

Oh KitKat...
Kenapa mcm aku teringat tul mo mkn ni...
Bila aku kirim, asyik terlupa...
Bila aku mo beli, tkut plak yg aku kirim tu ada...
at last..satu pun tiada..
Bila iklan terpacul, aku teringat lgi ko KitKat..
Hmm~ sabar jakla....

Saturday, July 16, 2011

BTW



Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya 
Di sudut hati sering berkata..
Semua yg terjadi, ada hikmah..
Teruskan menongkah arus dunia..

Walau tiada tangan menghulur,
Hidup harus diteruskan..
Perjalanan hidup seorang insan..
Liku ranjau ditempuh dalam mencari jawapan
  
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa mengajar diri
Menjadi terus sasa untuk terus berbakti
Biar luka sembuh sendiri 
Biar lupa dimakan hari..

Ya Rabbi..Aku bermohon untukku dan sekalian d sekelilingku..
Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan seandainya hilang
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Hanya pada Mu Yang Satu..
Amin Ya Rabbal Alamin..

Sabtu

Adalah hari rehat utk kebanyakan..
Termasuk aku, namun minggu ni...tidak.
Seawal jam jm8 aku suda sampai di PU..

Ngantuk eh..biarlah dlu..there's task to be done..
Biar x lunas semua, xpa...tapi kalau boleh,
Kena siap sblm menjejak ke seksyen lain..

Yup, transferred to another section..
Masih d bahagian sama,
Cuma tukar pegawai n skop keja..
Well, it's nothing.. i'll like it..
Kembang kan ilmu, peranan dan pengalaman..




Will do the best as i can


Friday, July 15, 2011

Kenapa?

Kenapa?
X abis-abis, kenapa?
Kadang-kadang aku heran...
Memang sikap setiap ciptaanNya pelbagai..

Kenapa bila aku mula berbicara, ada sja yg x kena...?
Kenapa?
Menyoal diri sendiri di mana kekurangannya... memang banyak kurang
Kau pun sama..Harus sedar itu... Jgn selalu mendabik dada!
Seperti yg aku selalu lihat

Aku tau, aku sedar...
Cuma kadang2 ada lg yang x sedar..
Dipersilakan muhasabah diri.. *utk aku jgk*

Mo minta tolong pun kena jgk tengok..
Mungkin susah tengok kesenangan orang lain..
Membuatkan sesetengah begitu.. bukan semua

Mencari sesuatu yg pasti..
Yg dicari ntah apa-apa..
Yang pasti..tu la dia...

Terima kasih itu yang pasti..

Untuk ku..Untuk mu pun boleh...

Berangan sesuatu yang 'magnificient' boleh?

Aku sajala..

 Kau start lagi...

Kenapala?
Aku sedar aku tau..
X perlu teriak segala..
Cakap macam biasa pun aku masih boleh dengar..

Benda yang x susah, lagi mau di 'complicated' kan
Kononnya, untuk apala...?
Sudah terang, lagi bersuluh...

Mungkin aku sudah lali dengan itu,
Ada aku kisah?
Sekurang2nya, ada sedikit ruang untuk aku berasa kemakmuran..
Biarpun sedikit, Syukur Alhamdulillah..
Kau ada?

Jangan sampai hilang punca,
Mungkin sesetengah gembira atas dasar apa,
Entahla..





Thursday, July 14, 2011

Remembering Old Memories


2008..


2009..i think..

now..2011

Perbezaan nya cuma satu...tahap ke'chubby'an meningkat setiap masa... 
Syukur masih sihat..and happy as sehingga akhir hayat..amin :) <3

Lazy Song!

Kemalasan Melanda Diri.....
Nothing to Say Just Now..
Something will happen tomorrow..i guess..
Nanti ceta la..

Chow shin chan... <3

Monday, July 11, 2011

Suppa Doopa SLEEPY..

Di saat sambil menguap..
Ku hampir x tertahan
Perasaan yg membengkak
di hati..

Mengantuk oo mengantuk...
Bagaimana harus ku tolong ko...?
Hanya satu jawaban naya kan...? TIDUR...
Aku tau, namun masih banyak perlu dilakukan..

Hari ini mood menguasai fizikal dan akal..
Boleh di describe gitula...
Sapa yg melihatku akan mengerti..

I need a day off!
Can I?
Yes I Can..!! And I will..Will do..

Tahan ya!

Rasa Rindu

coretan last week...

Td my bapa kol...tetiba ni...actually memang aku mo kol time rest td (around jm1 gitu) tp lum smpai jam1 pun bapa kol dulu 12.20pm td..Mcm dia tau jak aku teringat dia..Smlm aku termimpi bapa...Mungkin sbb aku rindu dorang kali...huhu.. Biarpun da kawen, Tapi perasaan aku masi mcm masa aku masih time dulu2..xpernah tinggal berjauhan *kalau jarak putatan-kinarut aku kira jauh jgk la kalau berangkut* mungkin paling lama pun 2-3hari, seminggu..x kurang dri tu..dorang tetap ada dekat..tp sekarang, dengan kehidupan sekarang..memang sudah berbeza. Biarpun setahun telah berlalu, perasaan jauh dari rumah tempat aku dilahirkan, dibesarkan, hidup selama 26tahun d rumah tu..x pegi mana-mana pun.

Perasaan keanak-anakan masih ada biar umur makin meningkat..huhu..Hari ni mcm ada emo ckit..tears pun pandai meleleh tiba2..huhu..bru minggu lepas blik,tp aku kna adil tolak ansur..kalau 2bulan sna, 2bulan la jgk cni..aku kena tabah. Mungkin sepanjang Ramadhan tggl putatan la sbb tahun ni raya d kinarut.. Tahun lepas Ramadhan d kinarut, Raya ikut putatan..Gitu la kan..? Hidup memang perlu perubahan.


Saja luahan rasa dikala jiwa lara. sob sob

Thursday, July 7, 2011

blh jd....

Aku amat bz ni hari... bkn jak ni hari...dr ari selasa lg...

x menang tangan dibuatnya......

                           ya amat..... x aku tipu...

sibuk tul... byk keja wooo!!!

                 bukan alang2...

sok last day...

Wednesday, July 6, 2011

Atas Pelangi

Buat jiwa tenang...terkenang sweet memories..
Somewhere over the rainbow
Way up high,
There's a land that I dreamed of
Once in a lullaby.

Somewhere over the rainbow

Skies are blue,
And the dreams that you dare to dream
Really do come true.

Someday I'll wish upon a star

And wake up where the clouds are far
Behind me.
 

Where troubles melt like lemon drops
High above the chimney tops
That's where you'll find me.

Somewhere over the rainbow

Bluebirds fly.
Birds fly over the rainbow.
Why then, oh why can't I?


Tuesday, July 5, 2011

Punyalaa...


Betapa jem yg amat td pagi..Biarpun keluar rumah seawal jm6.45..belum jauh dr pagar rumah, keta mengensot mcm siput.. mau saja ku marah mengaum seperti singa..Ingatkan eksiden yg melanda.... Rupanya, jln yg baru siap dibina tu da dibuka untuk semua...punyalaa...

Bayangkan jalan yang lebar yang memuatkan 6 baris keta sekaligus lalu d jln yg baru buka tu, bila sampai ke bawah tggl jalan utk 4 baris keta lg...Punyalaa sandi.. Jem gila2!! Gila pun x jem mcm tu wooo!!!

Dan hasilnya, aku smpai opis tepat jam 8.30am..yang sepatutnya aku bisa sampai lebih awal. Gitu plak jadi..bikin geram hati tol!! Biarpun itulah masa yg selalu aku turut bila turun keja.. Pak polisi lg tempiaran time tu, jd konduk utk org ramai menggunakan kemudahan tu...

UUii...aku yg salah jgkka? jd, esok kena lgi awal dari biasala ini matcam..?
hmm~ Baiklah!!

Monday, July 4, 2011

Sedetik Lebih..


Setiap nafas yang dihembus 
Setiap degupan jantung 
Aku selalu memikirkanmu 

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
 

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang  
Barulah terasa ku bernyawa 

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
 
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


 

Harus tau donk!

would you like it when ur personal belongings altered without ur permission? it's belongs to me, n me only.

Kerana kegeraman hatinya..
Membuatkan naluri berdarah lara...
Hak diperlakukan ikut suka..
Tanpa mengingati siapa empunya..

Bila kebaikan kadang kala ditafsirkan sebegitu rupa,
Mereka alpa, lupa dan membawa kepada leka..
terjadi di mana2..
dekat sebelah jak pun ada..

Harus bagaimana lalu difahaminya..?
Terpekik, terlolong baru tahukah?
Yang itu, aku punya...

Jangan diperlakukan ikut suka..
Harus tahu batasnya..
Kau dan aku, bukanlah sama..
Hanya yang sama, Satu Pencipta..


*Ya Allah pelihara la hatiku dari segala remuk redam ini, sesungguhnya marah ku tidakla lama..sekejap masa akan reda jua..Aku bermohon padaMu ya Rabbi..dijauhi dari segala emosi ngeri..Amin Ya Rabbal Alamin*








Sunday, July 3, 2011

Buat apa sekarang ni?

Malam Ahad yang so..so..
Tadi bangun lbh kuraang, kuraaang lebih jgk lewatnya..tau la kalau tidur lewat.. nasib masih menyebelahi 'cik P' kali ni n still..so,xpala..

Lepas masak, makan..me, mr.hubby p bawah buat tugas penting.hehehehe... mr.hubby 'meeting' dgn  mr.A...

dan aku, buat pembersihan mega d bawah kolong merangkap garaj tempat kami letak keta.. kuar la jgk peluh2 yg jrg kuar ni...dan misi aku berjaya membersihkan kawasan yg ingin aku bersihkan setelah sekian lma...penat wooo!! next week penyambungan misi lg, insyAllah..sbb ada yg berat2 td blm seberapa mampu aku angkat.. 
Will be accomplish next week...insyAllah...la..la..la.. (Sambil humming lagu Maher Zain, insyAllah)..

Sekarang..tgh rest smbl nonton STANZA CINTA..mcm aku blur ckit jln ceta nya...xpa, layan dlu. Tadi, smpat lgi nonton bola *Msia lwn Chinese Taipei* Sungguh mendebarkan...biarpun Chinese Taipei menang 3-2, secara agregatnya Msia kita layak jgk akhirnya..lepas ni lwn Singapore lg... 

Sebenarnya xbrp minat jgk bola ni, tp syok jgk bila nonton ni...Msia tu....mesti sokong..hihihi.. okla, sehingga coretan seterusnya...

"Semoga Engkau makbulkan doa org-org yg teraniaya..Amin"

Lagi Rehat

02Julai2011

Syoknya SABTU...Aku rehat sebetul-betul rehat...hehehhe..tanpa gangguan..aku sorang jak d rumah...mr hubby keja, in laws p cafe, bisnes la... Gitula. Apa yg penting da siapkan Jumaatnya..kain pun sebukit da cuci..d rumah,rehat.jalan pun tidak. Tiba petang, membersihkan seisi dalam rumah, menyapu, menyusun dan mengemas apa yang patut...
Malam, lebih kurang jm9 lbh bru jln..hehhehe.. Memang da plan pun.. tgk wayang.booking jm 11.55mlm.pergi dgn kawan hubby (endi n y.ya)kami berempat d 1B.Mo nonton tayangan yg lg awal dr tu, tp suma da full. Jd nya, blk jm2.30pagi huuuhuuhu.. Mulanya mcm malas mo p tgk tp kena tgk jgk sbb mo tau jgk kesinambungan dan da tgk dr mula....





Ni la wayang yang kami tgk.. 

Ulasan: ok, best...suka tgk aksi dorang..best la tgk robot2 tu beraksi... kalau dpt keta mcm BUMBLEBEE tu, syok eh...cuma pengakhiran ceta tu kurang best ckit..mcm abis gitu jak..xtaula, tu pendapat aku jak.. abis jak ceta tu, kami balik.. Otw balik, nakal eh mr hubby dn kawan2nya..p kacau2 maknyah dkt  asia city...punya ramai dorang sna...cantek2 lg tu...mengalahkan pompuan.. tp dorang kacau2 gitu jak...bwa ckp2 jak...tp aku plak yg takut..heheheheh tp xlama la.. jm3.30 kmi sampai rumah, kemas2 ckit then trus tdr....

....ZZZZzzzzZZZZZzzzz...



Friday, July 1, 2011

ceta syok!!

Salam sekalian...

x sabar menunggu ceta TAHAJJUD CINTA yang diarahkan oleh Erma Fatima menggantikan 'Keranamu Laila' di slot ZEHRA bermula 8 Julai depan setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam. 

 
Dari sumber, ia mengisahkan mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (lakonan Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (lakonan Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk mengahadapi masalah dalam percintaan.
Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepada dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.
Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz. Ustaz ni pulak bapa kepada Solahudin (Remy).

Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri ( Fauziah Gous) dari menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dlm kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.
 
 
 
Ceta yg ni pun mcm best..konon2 mo tgk dr yg awalan tp aku ter'missed' gara2 JOMHEBOH..kihkihkih.. kwn2 ckp, (bg yg dah nonton) ceta ni best jgk la..mgkn sbb baru start jd blm blh bg komen lbh2...tggu utk episod2 yg seterusnya la..mungkin sbb dorang ckp best ada Aaron Aziz (a.k.a Seth Tan dlm Nora Elena) kali...kuikuikuikui

Tapi Nur Fathia pun ok jgk..tgk jak ceta 'Hani' klu korang tgk n masih hengat jln cetanya.Apa2pun, talampau byk ceta d TV skrg mau yg baik dan sebaliknya... Terpulang pada diri masing2 k... Kalau bg aku, mn ceta yg 'mencuit' perasaan sanubariku, tu la yg jd sebutan selalu, sehingga la kuar ceta yg lain plak yg mberi impak lain lg.
Manusia..sekejap berubah..Itula lumrah kan?

Tuesday, June 28, 2011

Untuk dijadikan cerita..

Assalammualaikum..

Last week kiranya adalah minggu yg bz bg kami d PENDAFTARIANS.Bz bukan apa, dengan berlangsungnya majlis APC, masing2 ada duty untuk dilaksanakan sebelum hari kejadiannya pada Jumaat lalu.. Acara raptai pada Jumaat di siang harinya d 1B Grand Ballroom, dan malam adalah kemuncaknya.. setelah dekat sebulan jgk org2 kuat bekerja bg mencapai misi yang diingini bg setiap zon.. ni sebilangan titipan yang dpt kita kongsi sma2..

jd urus setia..dr pg ke malam.mo taula penatnya....

ni sedap...aku suka...nyum2...slurrrp...

kalau ada 1 chandelier mcm ni 1 d bilikku, gerenti mimpi enak jak tiap mlm...

Abis acara kira2 jm11.00lbh jgkla bg kami yg tukang urus setia ni.Then sampai rumah, terus ZZZzzzzZZ..mata memang time tu tidaklah dpt dibantu langsung biarpun dgn tongkat ajaib sekalipun... sedangkan otw pulang dari event tu pun, memang sudah terlelap. Apalg..teruslah ZZZZzzzZZZ jumpa jak katil, x kasi chance langsung...

Sabtu lalu... 25 Jun 2011, x la seawal pagi bangunnya lagipun ' bendera Jipun' tengah rancak mengibarkan sayapnya...huhu..Plan mo p perkarangan stadium Likas..Kemalasan Keakuan untuk berjalan mlanda diri...jd rilek jap la. Cuci kain, mengemas apa yang patut..namanya jgk hujung minggu 'homework' yg amat jgk.. gitu gini.. jam12 mandi siap..singgah d cafe jap tmpt in law..taking brunch what so called la..jm 1 lbh bru smpai...

Panas yg amat jo!! nasib dpt parking kira dpan jak stadium..klu x, gerenti pening kaki jln jauh...tapi panas blh buat mata juling..nasib ada payung yg amat berjasa...round2 punya round...singgah la d booth wanita.. manjakan diri dgn bermekap hanya rm5 untuk dimasukkan ke tabung 'Bersamamu TV3'.. jd, mau la jgk... lpas tu, round2 lg pigi la 1 booth tu, ntah apa nmanya.. terambik plak gmbr dgn salah sorang pelakon 'Keranamu Laila ' tu..Ixara yang cute tu..
yang ni..

This pic was taken by hubby with my niece..orgnya xla sombong & suka la jgk tgk muka dia yg halus mulus tu..xda jerawat pun..dengki plak tgk...

X banyak pic yg dpt di snap time tu..mls ku bila panas...abis jak tu, kmi round2 bli2 ckit..then balik dkat jm6..ok la jgk..x sesak...tp time kmi pulang, start da sesak..parking yg mula2 xseberapa, suda start memanjang smpi ke roundabout Likas Plaza.nasib kami awal ckit.hihi... Tapi, apa2 pun..kira best la jgk..cuma menyesal ckit x amik pic2 menarik yg lain..sampai rumah bru terkenang kembali kemalasan amik gmbr. baru tau!!!

*

Related Posts with Thumbnails