Tuesday, June 28, 2011

Untuk dijadikan cerita..

Assalammualaikum..

Last week kiranya adalah minggu yg bz bg kami d PENDAFTARIANS.Bz bukan apa, dengan berlangsungnya majlis APC, masing2 ada duty untuk dilaksanakan sebelum hari kejadiannya pada Jumaat lalu.. Acara raptai pada Jumaat di siang harinya d 1B Grand Ballroom, dan malam adalah kemuncaknya.. setelah dekat sebulan jgk org2 kuat bekerja bg mencapai misi yang diingini bg setiap zon.. ni sebilangan titipan yang dpt kita kongsi sma2..

jd urus setia..dr pg ke malam.mo taula penatnya....

ni sedap...aku suka...nyum2...slurrrp...

kalau ada 1 chandelier mcm ni 1 d bilikku, gerenti mimpi enak jak tiap mlm...

Abis acara kira2 jm11.00lbh jgkla bg kami yg tukang urus setia ni.Then sampai rumah, terus ZZZzzzzZZ..mata memang time tu tidaklah dpt dibantu langsung biarpun dgn tongkat ajaib sekalipun... sedangkan otw pulang dari event tu pun, memang sudah terlelap. Apalg..teruslah ZZZZzzzZZZ jumpa jak katil, x kasi chance langsung...

Sabtu lalu... 25 Jun 2011, x la seawal pagi bangunnya lagipun ' bendera Jipun' tengah rancak mengibarkan sayapnya...huhu..Plan mo p perkarangan stadium Likas..Kemalasan Keakuan untuk berjalan mlanda diri...jd rilek jap la. Cuci kain, mengemas apa yang patut..namanya jgk hujung minggu 'homework' yg amat jgk.. gitu gini.. jam12 mandi siap..singgah d cafe jap tmpt in law..taking brunch what so called la..jm 1 lbh bru smpai...

Panas yg amat jo!! nasib dpt parking kira dpan jak stadium..klu x, gerenti pening kaki jln jauh...tapi panas blh buat mata juling..nasib ada payung yg amat berjasa...round2 punya round...singgah la d booth wanita.. manjakan diri dgn bermekap hanya rm5 untuk dimasukkan ke tabung 'Bersamamu TV3'.. jd, mau la jgk... lpas tu, round2 lg pigi la 1 booth tu, ntah apa nmanya.. terambik plak gmbr dgn salah sorang pelakon 'Keranamu Laila ' tu..Ixara yang cute tu..
yang ni..

This pic was taken by hubby with my niece..orgnya xla sombong & suka la jgk tgk muka dia yg halus mulus tu..xda jerawat pun..dengki plak tgk...

X banyak pic yg dpt di snap time tu..mls ku bila panas...abis jak tu, kmi round2 bli2 ckit..then balik dkat jm6..ok la jgk..x sesak...tp time kmi pulang, start da sesak..parking yg mula2 xseberapa, suda start memanjang smpi ke roundabout Likas Plaza.nasib kami awal ckit.hihi... Tapi, apa2 pun..kira best la jgk..cuma menyesal ckit x amik pic2 menarik yg lain..sampai rumah bru terkenang kembali kemalasan amik gmbr. baru tau!!!

Monday, June 27, 2011

MOnday again...

Tiada apa dulu dalam benak.... Cuma,

yawn Pictures, Images and Photos

Ngantuk....
Ko x ka...?
Memang gitu kali kalu isnin kan... kesian Isnin selalu dipersalahkan...
Mood seakan-akan terbang melayang. Namun perjuangan harus diteruskan..
Chayo2x!! Sampai jm5, buat keja bgs2 ok?!

Friday, June 17, 2011

forever

peace....make your day's,like the world is yours,to make u smile and rmember me....
lv u honey,,,,,,peace..u feel gooooooodd,,,,.....:-)

Kata orang...

Apa diorang ckp? Rasanya betul ka itu aaa...?
Untuk mengetahui kebenarannya, kena tunggu bila tiba saatnya...

Banyak da diorang kata...Jd, harus buat apa?
Semuanya diorang kata...banyak diorang kata...berkata-kata mereka...
Jd kena tunggu ka? Sampai aku pun berkata-kata.. Tapi entah tentang apa...
Semua yang diorang kata, belum pasti kesahihannya..
Sabarlah...salah satu jugak dari kata mereka...
Aku buat apa?
Bila terjadinya...maybe ada suka...
Dan aku? Cuma redha...

Jangan Menyerah...

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

Thursday, June 16, 2011

Bismillahirrahmannirrahim..

Mulakan dengan senyuman...

Rabbana Atina Fid dunia Hasanah, Wa Fil Akhirati Hasanah, Wakina Azabannar... 
Amin Ya Rabbal Alamin..


Tuesday, June 14, 2011

Mesti ada hikmah di sebalik semuanya

Memang begitu kejadian... Percayalah..Banyak kali da mengalaminya... Tapi yang penting, harus diingatkan jgn mudah putus asa, komen, komplen dan segala mcm yg negatif.. (itu termasuk untuk aku jgk)..

Pernah kah korang  mengalami keadaan seperti ini?  Aku jgk pernah dan yakin dengan kuasa Allah. Kita Cuma manusia lemah, kita Cuma mampu merancang, tapi Allah jua yang menentukan. Entahlah, sejak akhir ni, kata-kata jangan putus asa kerap diulang. Aku suka dengan sikap tidak mengalah, tapi masalah utama adalah untuk konsistent. Susah sangat.Dengan keadaan sekeliling lg..

 Tapi orang ckp, org gagal byk alasan...dan kalau boleh, aku xmo jd sebahagian dr org tu.. Apa yg perlu ku buat sekarang, tetapkan sesuatu yg boleh memberi 'high spirit' kepadaku..Mungkin aku perlu, tulis apa yang dihajatkan, tampal dan tulis progress ataupun perkembangan yang telah dapat dalam mengejar cita-cita tersebut. Mo tampal besar-besar dan baca sebanyak kali yang mampu setiap hari. Ini adalah cara untuk menambah semangat untuk terus berusaha mencapai apa jua kehendak. 

Bukan Aku..

Assalammualaikum..

Di sini la tmptnya aku mengadu bgi tiada yg ingin mendengar..Jahat tul ka aku..? Bukan aku yg perlu dipersalahkan tau...kalau aku tau, aku x ambik alih perkara tu... aku sekadar mengikut arahan.. jgn tuduh perkara yg aku x buat..

Macamana mo buat supaya org x ckp kita jahat..? Aku rasa, Aku bgus2 da..begitu plak aku kna tuduh (klu itu perkataan yg tepat untuk aku jelaskan...) Ntah apa lg yg x ngam suda... Sampai org yg bru kenal aku pn, mcm mudah sudah buat kesimpulan tentang aku.. Kalau aku tau gitu, xla aku ambik alih keja tu klau bukan atas dasar arahan..

Mungkin di atas ketidakhadiran ku smlm, banyak lg yg aku xtau..xpala...ckp la apa dia mo ckp..yg penting bkn salah aku...kalau aku tau, aku x ambik tugas tu...sedangkan suma faham masing2 pun punya tugasan lain time tu... xpala, menangis dlm hati jak bila tau benda ni, tadi..

Aku maafkan la segala salah silapmu..Samada yang jelas ataupun kabur..Hanya DIA mengerti segala-galanya. Yang tersurat dan tersirat. Sekurang-kurang.. perkara ni boleh kita selesaikan sendiri tanpa perlu 'dijaja' ke mana-mana. Aku di sini pun ingin belajar lebih lgi biarpun kdg2 rasa 'tidak dihiraukan' tu ada. Tapi xpala...aku akan belajar dri orang yang sudi mengajarku..

Monday, June 13, 2011

Feeling... F.E.E.L.I.N.G

Rasa mengantuk yang amat tp xmo tdr lg xtau napa..xtau apa yg ku tunggu..ceta d tv pn mcm x best... Tapi aku harus tidur..sok bgn awal dan perlu bekerja semula...huhu..mcm malas la... ala...gimana yaa...? 
Tadi aku try menyelesaikan sesuatu yg perlu diselesaikan. namun xdpt selesai atas kekangan yg xdpt dielakkan.. sudahnya, xpayahla...

Dan kalau gitu, aku tidurla... Esok kena bgn seawal mungkin..byk kena buat..huhu..

somethin dat i like..

 
I like watching them dancing..


Every video..

 
Cute kan..? x faham bahasa but still like it..



ni pun sya suka..cantek2 suma. serentak jak tarian dorang..like jgk..

Dan banyak lg..klau suma dinyatakan,gerenti xcukup ruangan.. K-pop ni best jgk dilayan kadang2..
ikut lagu nya.. kalau best tarian and muzik, ku layan..tapi rata2nya aku suka tgk dorang menari...

Jadi, dilayan... daa..



Sunday, June 12, 2011

It's more about u.

"I believe that everything happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go wrong so that you appreciate them when they're right, you believe lies so you eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall apart so better things can fall together."~Marilyn Monroe~
Thinking while listening to song on mimie's blog. Syok jgk lagu ni plak..Decided to bring on my blog too.. *different song la* smpai x terjangkau akalku mo ceta pasal apa..What i've been doing today..?
Tadi, baru balik dari bengkel JPG..penat siot woOOoo..

Otw blk, wishing my lil' sis happy 22nd bday..sekalian dgn anniversary ku.. It's been a year now..bergelar 'wifey'.. Apa yg aku harapkan, agar semuanya bjlan dgn lancar..Well, mcm yg kita tau.. kita hanya merancang, Dia yang menentukan..Doa+Usaha+Tawakal=InsyAllah BERJAYA..

As for me, bila ttg anak kecil dipersoalkan.. bukan merancang. Cuma,mungkin blm rezeki kami... dan utk itu aku pasrah dan redha. Aku redha bahawa ada yg lebih baik telah ditetapkan untuk kami. Apa yang perlu skrg, berusaha menuju ke arah yg lebih baik. X kira la dr segi apa pun, yg penting usaha..  :)

Time flies so fast..it's been a year..a year of our marriage..Endless Love will be..Love u with all my heart, in sickness and health..Happy Anniversary Hubby..*kisses*




Saturday, June 11, 2011

Amalan Rasulullah demi menuju kebahagiaan hgga akhir usia..

Assalammualaikum allz..
Satu lagi perkongsian ilmu untuk renungan kita bersama..

TIDUR DALAM SATU SELIMUT BERSAMA ISTERI - Dari Atha` bin Yasar RA, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. dan Aisyah RA biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda sedang berada dalam satu selimut dengan Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, “Mengapa engkau bangkit?” Jawab Aisyah, “Kerana saya haid, wahai Rasulullah”. Sabda Rasulullah, “Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.” Aisyah berkata, “Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau”. (Hadis Riwayat Sa`id bin Manshur)

MANDI BERSAMA ISTERI - Dari Aisyah RA beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tesebut)." (Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

MEMBELAI ISTERI - "Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang. Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.“ (Hadis Riwayat Ahmad)

MENYEJUKKAN KEMARAHAN ISTERI DENGAN MESRA - Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuahanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan." (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

SEGERA MENEMUI ISTERI APABILA TERGODA - Dari Jabir RA, sesungguhnya Nabi Shallallahu 'Alaihi wa Sallam pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar dan bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan ..... apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN MESRA - Rasulullah Shallallahu 'Alaihi wa Sallam biasa memanggil Aisyah dengan beberapa nama panggilan yang di sukainya seperti Aisyah dan Humaira (pipi merah delima).


8c yang buat suami kurang senang dengan isteri


Hasil percambahan ilmu yang didapati ni.. kita kongsi bersama ya... ni pun dpt dr org lain jgk...Untuk renungan bersama..

C1. CABAR


Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata…


C2. CABUL


Cabul ini bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan dan kata-kata isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata-kata yg tidak baik pada mertua…


C3. CELUPAR


Wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT


Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel-comel aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.


C5. CEMBURU


Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit-sikit dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan-bukan…


C6. CEREWET


Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class class aje. Restoran nak ada air-cond aje.


C7. CINCAI


Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….


C8. CUAI


Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8 C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa dan lalai… ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8 C tu.


Not so enuff...? i hope so...

isn't it?

Assalammualaikum...
Bila aku pikir2 balik.... memang setiap insan melakukan salah. Nobody's purrfect... kan....? aku akan mula semula....

hallo allz...
lama aku 'cuti' kan....? Bukan cuti..i'm taking some time off.. ntah utk apa...saja..i think.
ok, let's start.. aku mo start dr mn yaa..?
Awal 2011 adalah waktu yg paling bz .. Setengah tahun awal ni, byk sgt aktiviti yg telah, sedang dan akan dilaksanakan..
Fuuhh...sampai kdg2 bz yang amat..ke tahap emosi tidak stabil.. dan utk itu, setengah tahun ini jgk byk cuti..  Jadi, bila tiba to 'STOP', hendaklah menggunakannya dengan baik..
Di samping aktiviti kerja, aktiviti aku sndiri dgn 'Mr. Hubby' pun tidak ketinggalan..Mesti tau!!

Now.. i'm at Beringgis Beach Resort..10-12Jun2011 Bengkel JPG..
Jadi Urus Setia...














Biarpun tgh sibuk mengurus setia bengkel ni, 'Mr.Hubby' with me too...menyelam sambil minum air...syok yg amat jgk..hanya kita berdua...huhu..
Tomorrow.. 12 Jun 2011..Genap setahun aku bgelar isteri. Biarpun baru setahun..banyak yang perlu aku pelajari lagi.. Menjadi yang terbaik bukan senang. And i'm trying...Aku mohon... semoga bertambah kebahagiaan di antara 'kanda dinda' hingga ke syurga. akhir hyat..amin..  :)
Menjadi isteri yang baik, sahabat yang baik, soulmate yg diidamkan....
Mengharungi hari-hari suka duka dengan wassatiyah..
Amin Ya Rabbal Alamin..





*

Related Posts with Thumbnails