Friday, September 30, 2011

gara-gara pelupa

Sedang menaip ni, aku tgh dgr lgu Alhamdulillah by Too Phat. Malah itu la yg ku rasa skrg..krn kealpaan, kelupaan yg melanda diri, kerana kelalaian ke perkara lain, terlupa perkara lain..
Alkisah semalam meeting aku yg utk 30Sept telah cancel atas sbb yg tidak dpt dielakkan. Ditunda ke minggu depan. Meeting itu utk seluruh JSPIU melibatkan seramai 70org ahli dan untuk itu, bila ia di cancel last minit, aku kena bt panggilan tentang penundaan meeting tersebut ke 70org as i said just now.. talian tempat keja ku plak di saat itu menghadapi masalah membuatkan aku terpaksa meng'emel' dan membuat pengumuman melalui e-meeting utk alternatif lain disbbkan sukar utk mbuat panggilan.

Gara-gara itu, dengan kelupaan yg melanda diri ini, aku dgn secara tidak sengaja telah lupa membuat panggilan untuk cancel katering utk 70org tu... Bayangkan.....!! Baru pg ni aku teringat utk kol.. Teka apa yg jadi? ??

Benda suma da siap.aku jd kelam kabut dan mengalir airmata menyatakan kesilapan aku ke arah katerer yg amat bengang seketika (aku fhm apa feeling nya tu..) tp aku btul2 dgn segala rendah hati menyatakan itu lah kesilapan kali pertama aku melibatkan katerer seumur hdup aku bekerja..

Katerer yang amat baik hati... nasib aku amat baik bila katering yg aku cancel tu, ada pengganti nya..utk di cater..Syukur Alhamdulillah...Aku fon balik utk menyatakan kesilapan aku dan memohon maaf dgn sepenuh tulus hati..Aku mohon agar dia tidak 'tawar hati' dgn aku lpas ni bila aku order lagi...


InsyAllah kali ni aku akan ingat selamanya..Menjadi pengajaran kepada aku...YA Allah!! tetapkan lah hati ku..kukuhkanlah ingatan ku ini...Sesungguhnya hambamu ni insan yg amat lemah..HAnya pada Mu ku bermohon Ya Rabb..Amin Ya Rabbal Alamin..


No comments:

Post a Comment

*

Related Posts with Thumbnails