Wednesday, September 1, 2010

dunia

salam..sekalian..

Banyak kejadian yang terjadi nowadays..Sebagai manusia, baik dan buruk perlu redha..Hak masing-masing menyatakan pendirian masing-masing.. Perkara yang baik dijadikan landasan untuk menuruti langkah hidup agar menjadi baik..perkara yang buruk, sebaliknya la..Terima kasih untuk itu..dunia.

Terlalu menuruti perasaan kali yang boleh menyebabkan perasaan itu tidak enak dan menghentam ikut sedapku jahat otak.Bukan itu tujuan sebenarnya..sebenarnya banyak perkara lain yg boleh dilakukan dari mewujudkan jurang antara umat manusia..di dunia ni..

Perbualan yang dicipta atas dasar persahabatan membuatkan dunia menjadi lebih indah daripada menjadikan ia permusuhan. Ini kerana perkara sedemikian bukanlah sesuatu yang menyedapkan hati...let it be...Begitulah dunia..x pernah boleh terima hakikat utk sekejapan..memang itu yang benar..tapi harus pasrah dong... Jangan yang sedap jak di telan, yang krg sedap terus di buang.. Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tapi tidak memahami sesuatu...

Betul kata orang, ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sehingga di penghujung umurnya..dan segala itu, aku berterima kasih..Aku perlu berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak..Amarah perlu dibendung kerana itu tidak akan menyelesaikan apa pun..

Ramadhan sampai ke penghujung nya..Aku harus redha akan semua itu, bukanlah seseorang yg sempurna untuk di banggakan di mata dunia..Hanya insan kerdil yang sentiasa tidak putus dengan segala macam bentuk kehidupan..

Memohon segala yang tidak baik tentang diri ini dimaafkan dan tidak mau segala yang buruk berlarutan sampai bila-bila..cukup sampai d sini.. Aku suka segala tu dan tahu jugak untuk kebaikan. Mengingatkan manusia tentang landasan kemanusiaan. Dan biar kali ni jadi perbincangan . Hari yang mendatang tidak akan memberi sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan. Tidak mahu sudah jatuh sekali, jadi jatuh berkali-kali..

Memohon kelembutan hati agar biarlah ia menjadi teladan kehidupan..Memaafi segala kekurangan, jangan dicemari dengan permusuhan..biarkan berlalu perkara yang telah berlalu..Aku percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang terjadi pada hari ini..Tapi mungkin hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. Oleh itu, untuk kesekian kalinya... lakukan penjernihan hati, minda dan jiwa antara sesama kita..persengketaan hanya akan menambahkan beban yang telah sedia ada..Biarkan berlalu...Ambik yang jernih..Segala yang pahit, yang jelik, yang hodoh, yang buruk, yang kurang disukai, macam2 yang tidak disenangi memang susah kadang2 ditelan..tapi biarlah..itula kehidupan... semua itu dah berlalu.. hari biar start fresh balik..aku cintakan kedamaian..benci persengketaan x kirala dari mn mulanya.. tapi biarkan ia berlalu... Segala 'pedis' yang lalu da d telan..

Maaf..
Seuntai kata yang sering terucap dari telaga hati
Yang telah kering dari sesal

Andai tiada kata maaf
Bagi setiap kezaliman
Bagi setiap kesalahan
Saat ia tak mampu lagi memahatkan senyuman ikhlas
Di wajah saudaranya

Sebelum kata maaf tiada makna..
Aku berharap saudaraku terbebas
Dari khianat lisanku, tulisanku
Kelamnya lorong-lorong kalbuku...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itulah adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijakasanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik untuk menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa beerti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilannya. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


No comments:

Post a Comment

*

Related Posts with Thumbnails