Thursday, July 26, 2012

Mode:Tenang Wahai Hati

Assalammualaikum...

Salam Ramadhan. Sedar atau tidak, cepat masa berlalu kan.. Hari ni, 6 hari dah umat muslimin dan muslimat berpuasa. Ada yang sudah terbocor puasanya...? Ka dari hari pertama sudah tidak puasa..?  Apa-apapun..kudoakan kalian berbahagia selalu biar apapun yg korang lakukan k..

Sepatutnya hari ni, aku ada interview untuk penyerapan sebagai kakitangan tetap (memang itulah yang ditunggu2)..sejurus aku sedang menelaah yang perlu untuk persediaan, FM pun dikemaskini... si kawan seperjuangan memberitahu bahawa temuduga tersebut DITUNDA. Hmm~ hairan.Ngapa ya...? Aku pun xtau cerita sepenuhnya.. Ada yang cakap, di pinda ke Ogos ni. Penyebabnya adalah ketidakadilan dan ketidaktelusan. Dorang cakapla... Jadinya, hati yang berkejaran macam mo p Olimpik tadi ni telah tenang kembali. Namun masih ada persoalan. Mengapa? Bagi untuk mengetahui perkara tersebut adalah tidak pasti. Penantian suatu penyeksaan kan...? Redha la dengan ketentuanNya. Memberi peluang untuk mempersiapkan diri agar lebih bersedia dan baik dari semalam. Semoga ada rezeki untukku. Doakan aku  k... 

Hati kembali berdegup seperti biasa. Sekarang adalah waktu mempersiapkan tugasan yang tertinggal gara-gara hal yang sepatutnya terjadi tadi. 

Tinggal dulu untuk kisah kali ini..Nanti kita berkisah lagi k..Ku tinggalkan korang dengan sesuatu yang tidaklah jugak 'cute' k.. Selamat menjalani kehidupan seharian :)


No comments:

Post a Comment

*

Related Posts with Thumbnails