Wednesday, April 18, 2012

Sejak last week

Assalammualaikum...

Lama x update..
Sejak minggu lepas, banyak lagi dibuat untuk kebaikan diri dan kenangan di masa depan. Ikut cakap senior, semua di buat dengan tawakal. Mudah2an pengakhirannya baik, amin..ya rabbal alamin. Itulah yang diharapkan. Awal bulan, aku ingin menjalani ujian pap smear utk pertama kalinya, jadi pegila klinik yang telah survey dri awl lagi, tapi buat masa tu alat untuk menjalani ujian telah kehabisan. Xpa, disarankan utk datang minggu seterusnya. Sementara menunggu minggu depan untuk ujian tu, aku minta la pil asid folik yang disarankan oleh doktor dan kawan2 baik untuk diri yang telah ku tinggalkan bbrp bulan yang lalu sebab aku fikir macam xda efek dgn diriku pun. xpa, aku mula balik. Mana tau ada rezki lepas ni kan..

Awal minggu lepas, aku datang balik klinik tu.Buatlah ujian. Gemuruh sedikit, harus sebab tidaklah pernah pada diri ini dtayangkan yg tooot tu pada insan lain. Ni kali la...malu, sakit siikit tapi tahan, dan tawakal. selepas tu, ada sedikit konsultasi berlangsung antara aku dan puan doktor tu berkenaan ujian yang aku lakukan dan sedikit ubat untuk kegunaan 9hari. InsyAllah selepas ini, semuanya akan pulih hendaknya. Keputusan ujian kena tunggu minggu seterusnya.

15 Apr (Ahad)..Batuk tiba2 menyerang, buat x tidur malam sampai muntah2 yang amat sakit. Mungkin efek ubat yang aku makan selepas ujian tu. Itu efek yang aku baca sebelum aku makan ubat tu. Jadi, aku pasrah. Pagi Isnin time mandi sempat lagi muntah kahak sampai hilang suara la plak tapi kugagahi terpaksa bertugas kerana mesyuarat penting tapi xdapat bertahan sebelum jam12 aku balik. Sakit kepala, mesyuarat plak dipinda ke petang. Aku balik, minta kawan ganti untuk meeting tu. Sehingga tidak mampu ke klinik sebab tahap pemanduan yg kurang menyenangkan dan perlu cepat sampai ke rumah. Simptom2 demam mo sampai destinasi da. Baik balik dulu. Singgah kekanda di opisnya nnt dia balik xpayahla aku ambik. Sampai rumah, minum air larutan panadol soluble...Terus tidur. Ya Allah, beratnya kepala time tu dengan demam yg jadi x jadi. Lama x sakit demam rasanya. Sampai x tersedar, rupanya ada mesej dri klinik untuk ambik keputusan pap smear yg aku jalani mggu lepas. Bila da sakit, ginila...Malam hari, kekanda sediakan sup permintaanku. Mana tau esok ada kurang sikit, aku pikir. Selasa terpaksa turun kerja sekali untuk meeting penting seterusnya di Sekolah Makanan & Pemakanan (SSMP). Panas badan kurang cuma batuk dan kahak menganggu sebab bila batuk terasa perut dan kepala ikut sakit, dengan kahak lagi.

Sehabis mesyuarat jam12, Ya Allah pertahankan kudratku untuk hari ni. Mohon pelepasan dri puan bos untuk balik awal jumpa doktor. Sampai klinik, mohon rawatan untuk demam dan batukku yang x sanggup pegi semalam dapat MC 2hari.
Faham2 jak kamera hp kureng sikit, tapi ok jugak dri xda...

Keputusan pap smear pun diserahkan kepadaku dengan keputusan yang baik tanpa gangguan kanser cuma ada sedikit kuman jahat tapi telah diubati bbrp hari lalu dan semakin hari semakin baik sehingga hari ini. InsyAllah selamanya, Amin.
sori, kamera hpku kureng siikit..

Keluar dari klinik, ala..baru teringat ada report kena hantar. MC 2hari ku membuatkan x sempat hantar report tu kalau hantar selepas aku MC. Kena balik opis semula tu hantar report dulu, nasib report tu da siap. Sampai di mejaku, ada satu sampul besar tertera nama ku. Bukala, sekali tengok...
sori..kamera hpku xla seberapa.
Cantik kan...? Aku suka ini kad. Bukan alang2 ni..ikut fesbuk..cute.dalam diam, suka. kreatif & inovatif. Menyahut seruan kerajaan tu. Semoga berkekalan ke akhir hayat..InsyAllah datang. :)
Sampai ku bwa pulang ini kad. Bermula episod rehat di rumah. Jumpa lagi. Wassalammualaikum sekalian..



*Ubat itu amat berkesan, aku semakin pulih. Rehat dengan Senyuman..TerimaKasih*



1 comment:

  1. awak pakai apa pakaian buat pap smear?

    ReplyDelete

*

Related Posts with Thumbnails