Kerana hormon amat melonjak x menentu, bendera Jipun telah naik sekali lagi..amat frust ckit d situ, xpa..ada rancangan lebih baik utk aku lepas ni..InsyAllah ( berfikir dalam hati)..
Membuat kan aku cepat emo dgn keadaan stress kejap pagi tadi 2 meeting penting berjalan serentak. Fuuh.. sekarang, segalanya selesai. malas ceta panjang segala ketidakpuasan yang berlaku seawal tadi. Now, I'm ok a lil' a bit. i Think. Lebih baik dari tiada.. Cukup untuk itu.
Sekarang mo ceta satu ceta yg ramai aku rasa da tgk..
aku pn suka... xsabar tggu scene En.Zikir. semalam start da part dia... Ni sikit sinopsis yg aku cari punya cari...
Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang
berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga
segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen
Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.
Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza
daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai
seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung
tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil
hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi,
seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara
merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.
Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal
melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar
negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.
Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil
keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku. Melly mengambil
kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam
keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi, ‘jerat’ yang
dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya.
Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi.
Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.
Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan
di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia
bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang
akan berlangsung tidak lama lagi.
Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan
majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang.
Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin
menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya
bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati
mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah
hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia
yang hanya mampu mengalirkan air mata.
“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi
Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir
mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma
yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga
salah seorang pekerja di firma milik beliau. Malang tidak berbau, Fendi
meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir
ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung
halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan
ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya. Ketika menjamah nasi lemak di
sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang
mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.
Kemanakah hala tuju Dhia setelah ‘kehilangan’ Azmi dan apakah
yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir?
Naaa...nnt kita sama2 tgk la k..Syok..
Ok tu jak untuk kali ni..
Wassalam Allz..
No comments:
Post a Comment