Wednesday, April 25, 2012

Dayus. Sekadar Perkongsian

Assalamualaikum...

Sebelum terlupa, teringat tiba-tiba sebelah pagi telah mengikuti Kelas Tafaqquh Fid-Din di Masjid UMS. Ceramah hari ni: Suami, Isteri dan Keluarga. Baru diketahui maksud dayus yg sering diperkatakan yg selama ini hanya difahami bila isteri 'berperangai' tapi suami buat dek jak..itu dayus. Rupanya ada lagi yg berkaitan bila lelaki dayus.. Di sini dikongsikan....


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.


4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang 
cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


*Renung2kan...*

Kini..start balik.

Assalamualaikum...
Hari ni bukan cutikan...?
Susah plak mo tidur..jap lagi la..
Sebelum tidur...Mo kongsi 1 perkara yg lama aku x buat..rindu balik.
 
Guna lens semula.Rindu..

 Aku ternmpk time jalan2 d mukabuku. Macam kiut kan...? Akan ku bli rona cenggini la..x sabar mo guna balik lens ni...bertahun da... spek pun x banyak scratch talampau d guna..Jadi, tidak lama dalam beberapa hari ni..dalam bekas la pkai d rumah jak.I will continue using it..

*Saja bercerita*Macam2 la*

Monday, April 23, 2012

Botak

Assalammualaikum...

Sebelum aku mula tugas, aku ternampak ni fenomena satu ni... Banyak da. Adakah tren masakini? Apakah trend yang dimaksudkan ?
BOTAK, ya, botak adakah menjadi trend sekarang? D opis ku ni, macam suka plak dorang botak. Sampai anggapan yang lain, adakah stress bagi mereka ini lalu membotakkan kepala....? ka malas p gunting utk beberapa bulan...?

* Seorang buat, banyak mo ikut rasanya...*


Cerita Hari Ini

Assalammualaikum..

Sangat jem hari ni kan..? Anda terperangkap jugak ka? Aku siikit lagi tau...Hari Isnin yang bahagia. Disebalik Isnin yang dikenali dengan kesibukannya..bukan saja jem sebab Isnin ramai orang malas bangun untuk permulaan hari bekerja dan bersekolah ya adik-adik sekalian... Ada eksiden jugak..oh noo! Dekat Tg. Lipat tadi time aku otw p opis yang terletak dekat jak dengan 1B. hehehhe... (tempat menghabiskan duit bila time poket sarat dengan wang) Lori jagung ( jgn silap, jagung yang makanan ayam tu k...) berlanggar dengan kereta VIVA ( yang ku kelihatan la) sebab di tempat kejadian time tu, tu yang aku nmpak dengan VIVa yang ranap bahagian bonet enjinnya..

Apalagi jalan jem teruk..banyak nya jagung ayam tu...bertaburan memenuhi jalanraya..Mula2 ingatakan ada block.hehehhe..rupanya, eksiden you..
Bagi kenderaan yang menuju ke Kota Kinabalu..gerenti lambat sampai sbb lori yang eksiden tu tersadai di kawasan arah mereka..yang baja ayam bertaburan sebelah arah ke tempat kejaku.. xtaulah bila kejadian tu reda sebab masa aku lalu, lori tengah ditarik agar tidak menghalang lalulintas.

Sepanjang jalan punyalah jem yang ke Kota Kinbalu, dari penglihatan ku...boleh nampak dari 1Borneo. Teruk jugak. Aku sampai di opis 2minit lagi jm8, nah kau. Masuk opis jak, baru 3 orang yang sampai. Sah yang lain terkena tempias itu kesesakan jalanraya...

*Gara2 itu, ramai masuk lewat di Hari Isnin yang mulia*


Saturday, April 21, 2012

1 Hari Lagi. Hujan.

Assalammualaikum...
Sehari lagi hujan kan....? Memang da musim ka? Agenda utk petang dibatalkan. Cadang ke Perdana Park gagal lagi. Duduk diam rumah, jd surirumah. Last2, baring..makan..tengok tv.. on9..Malam ni...? lagila..Macam ujung minggu yang biasa. Bosan siikit.

Idea pun kurang menyenangkan buat masa ni.. Sambil2 d rumah, belajar2 update blog dengan hiasan2 sikit yang xtau la ok ka tidak.. Belajar tutorial yang di survey banyak tempat.

kla, Itu jak buat masa ni. Nanti la ceta k bila ada lagi ingin dikongsi. Betul2 kering idea.

*Terima Kasih Ilmu*

Wednesday, April 18, 2012

Sejak last week

Assalammualaikum...

Lama x update..
Sejak minggu lepas, banyak lagi dibuat untuk kebaikan diri dan kenangan di masa depan. Ikut cakap senior, semua di buat dengan tawakal. Mudah2an pengakhirannya baik, amin..ya rabbal alamin. Itulah yang diharapkan. Awal bulan, aku ingin menjalani ujian pap smear utk pertama kalinya, jadi pegila klinik yang telah survey dri awl lagi, tapi buat masa tu alat untuk menjalani ujian telah kehabisan. Xpa, disarankan utk datang minggu seterusnya. Sementara menunggu minggu depan untuk ujian tu, aku minta la pil asid folik yang disarankan oleh doktor dan kawan2 baik untuk diri yang telah ku tinggalkan bbrp bulan yang lalu sebab aku fikir macam xda efek dgn diriku pun. xpa, aku mula balik. Mana tau ada rezki lepas ni kan..

Awal minggu lepas, aku datang balik klinik tu.Buatlah ujian. Gemuruh sedikit, harus sebab tidaklah pernah pada diri ini dtayangkan yg tooot tu pada insan lain. Ni kali la...malu, sakit siikit tapi tahan, dan tawakal. selepas tu, ada sedikit konsultasi berlangsung antara aku dan puan doktor tu berkenaan ujian yang aku lakukan dan sedikit ubat untuk kegunaan 9hari. InsyAllah selepas ini, semuanya akan pulih hendaknya. Keputusan ujian kena tunggu minggu seterusnya.

15 Apr (Ahad)..Batuk tiba2 menyerang, buat x tidur malam sampai muntah2 yang amat sakit. Mungkin efek ubat yang aku makan selepas ujian tu. Itu efek yang aku baca sebelum aku makan ubat tu. Jadi, aku pasrah. Pagi Isnin time mandi sempat lagi muntah kahak sampai hilang suara la plak tapi kugagahi terpaksa bertugas kerana mesyuarat penting tapi xdapat bertahan sebelum jam12 aku balik. Sakit kepala, mesyuarat plak dipinda ke petang. Aku balik, minta kawan ganti untuk meeting tu. Sehingga tidak mampu ke klinik sebab tahap pemanduan yg kurang menyenangkan dan perlu cepat sampai ke rumah. Simptom2 demam mo sampai destinasi da. Baik balik dulu. Singgah kekanda di opisnya nnt dia balik xpayahla aku ambik. Sampai rumah, minum air larutan panadol soluble...Terus tidur. Ya Allah, beratnya kepala time tu dengan demam yg jadi x jadi. Lama x sakit demam rasanya. Sampai x tersedar, rupanya ada mesej dri klinik untuk ambik keputusan pap smear yg aku jalani mggu lepas. Bila da sakit, ginila...Malam hari, kekanda sediakan sup permintaanku. Mana tau esok ada kurang sikit, aku pikir. Selasa terpaksa turun kerja sekali untuk meeting penting seterusnya di Sekolah Makanan & Pemakanan (SSMP). Panas badan kurang cuma batuk dan kahak menganggu sebab bila batuk terasa perut dan kepala ikut sakit, dengan kahak lagi.

Sehabis mesyuarat jam12, Ya Allah pertahankan kudratku untuk hari ni. Mohon pelepasan dri puan bos untuk balik awal jumpa doktor. Sampai klinik, mohon rawatan untuk demam dan batukku yang x sanggup pegi semalam dapat MC 2hari.
Faham2 jak kamera hp kureng sikit, tapi ok jugak dri xda...

Keputusan pap smear pun diserahkan kepadaku dengan keputusan yang baik tanpa gangguan kanser cuma ada sedikit kuman jahat tapi telah diubati bbrp hari lalu dan semakin hari semakin baik sehingga hari ini. InsyAllah selamanya, Amin.
sori, kamera hpku kureng siikit..

Keluar dari klinik, ala..baru teringat ada report kena hantar. MC 2hari ku membuatkan x sempat hantar report tu kalau hantar selepas aku MC. Kena balik opis semula tu hantar report dulu, nasib report tu da siap. Sampai di mejaku, ada satu sampul besar tertera nama ku. Bukala, sekali tengok...
sori..kamera hpku xla seberapa.
Cantik kan...? Aku suka ini kad. Bukan alang2 ni..ikut fesbuk..cute.dalam diam, suka. kreatif & inovatif. Menyahut seruan kerajaan tu. Semoga berkekalan ke akhir hayat..InsyAllah datang. :)
Sampai ku bwa pulang ini kad. Bermula episod rehat di rumah. Jumpa lagi. Wassalammualaikum sekalian..



*Ubat itu amat berkesan, aku semakin pulih. Rehat dengan Senyuman..TerimaKasih*



Sunday, April 1, 2012

Tiba2 jak semalam...

Assalammualaikum....

31Mac2012..Earth Hour. Tiba2 mr. hubby bawa jalan. Ikut jakla...On the way, jalan jem..keadaan jalan suram2 mungkin sebab ada sebilangan pemandangan menghargai earth hour. Ini termasuklah lampu jalan turut padam seketika..Pi manala kekanda bwa ni...Bila di tanya, p KK tapi KK sebelah x dikasitau pi mana. Ikut jakla.. Kawasan kk mcm jem la plak... xlama bila meredah jem, sampaila...rupanya pi Suria Sabah. Canteknya FullHouse dari luar pun blh nmpk. Byk kiut2.. tapi dorang ckap biar tempat tu cantek, kiut tapi sentiasa full, service n portion makanan n harga x berbaloi. btulka...? Aku xtau, sebab baru lalu jak belum masuk pun. Namun begitu, tempat itu amat kiut!


Parking xda plak d bawah ni... terpaksa naik atas. Sampai jak, keluar lif terserempak mak cu dgn satu2nya anak gadisnya k.eryantierdah. Tekazut tawa memecah sunyi jap.hehehehe.. Kekanda ni plak rupan2nya mo bawa tgk wayang. Tengok masa tayangan semuanya da lambat2 belaka. Macam malas la plak. Jadinya, kami round2 jak.. Habis round2 jam 10 gitu, balikla...xda jugak buat pa, sebelum balik sempat masuk 1 kedai ni. Tiba2 keluar, bawa pulang 2 pasang selipar yang sama kaler. Hehehehe... Suka. Sekian untuk cerita kali ni.  



*

Related Posts with Thumbnails